Penyakit
mental/ Mental illness
|
No
|
Teks sumber
|
Terjemahan pandang
|
|
1.
|
Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental?
|
What cause mental illness?
|
|
2.
|
Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat.
|
The exact cause is still unknown. There are several factors
that contributed
toward the development of mental illness.
|
|
3.
|
1. Faktor genetik/ keturunan:
Ahli di dalam keluarga yang
mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi
|
1. Genetic:
Family members
with history of mental illness having higher risk in getting mental illness.
|
|
4.
|
2. Gangguan
bahan kimia dalam otak:
-Bila bahan kimia dalam otak yang
dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala
penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya:
-Schizophrenia: Penghasilan
dopamin secara berlebihan
-Kemurungan: Paras serotonin
terlalu rendah
-Mania: Paras serotonin meningkat
secara melampau
-Kebimbangan: terdapat gangguan di
dalam pengeluaran
dan fungsi noradrenalin
|
2. Biochemical
reaction in the brain :
-A
variety of biochemical called neurotransmitter exists in brain. They are
important to ensure
the brain function properly. Disturbance of certain biochemicals in the brain
have been associated with mental illness. For example:
-Schizophrenia:
High concentration of dopamine.
-Depression:
Lower concentration of serotonin
-Mania: Serotonin
increased beyond the level
-
Anxiety: Interruption in the production and function of noradrenalin
|
|
5.
|
3. Jangkitan virus:
Mengikut kajian ada penyakit
akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental.
|
3.
Viral infection:
Viral
infection was implicated
in mental illness.
|
|
6.
|
4. Sejarah hidup yang getir:
Sebagai contoh: mengalami proses
kelahiran yang sukar, kehilangan ibu bapa semasa kecil, terlalu banyak
mengalami cabaran hidup yang sukar.
|
4. Traumatic
life event:
For
example birth
trauma, loss of parent during childhood and grief.
|
|
7.
|
5. Keadaan sosio-ekonomi yang
rendah:
Faktor kemiskinan, tiada kemudahan
asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah
penyakit mental.
|
5. Poor socio-economic condition:
For example,
poverty, homelessness,
and community
violence.
|
|
8.
|
-
-Kemajuan dalam bidang perubatan
moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat yang
lebih berkesan
di dalam merawat penyakit mental.
-Hampir semua ubat yang digunakan
untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum kesan positifnya boleh dilihat.
Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat digalakkan.
-Selain ubat psikotropik pendekatan
sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi
berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan cara
kerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.
|
-
-Modern
medical technology has enable discovery of drugs with better efficacy in treating mental
illness.
-Almost
all drugs use for treatment of mental illness take some time before its full
effect take
place. Patience and continuance to take medication is highly
recommended.
-We cannot depend
solely on drugs to achieve full recovery. Other supportive
measures like counselling, psychotherapy, cognitive therapy, group therapy,
psycho education, family therapy, occupational therapy, psychosocial
rehabilitation are equally important.
|
|
9
|
Di semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia
mempunyai anggota yang telah dilatih untuk memberi rawatan kepada mereka yang
mengalami masalah penyakit mental. Pakar psikiatri akan dirujuk untuk kes-kes
yang rumit.
|
At
all health centers around the country have staffs that are trained to help
people with mental health problems. They will refer you to the nearest
hospital with psychiatric services if they think you need it.
Psychiatrist is a medical doctor with special training to help people with
mental health problems.
|
|
10.
|
-
-Mereka yang ingin mengetahui
status masalah kesihatan mental mereka boleh mengambil satu ujian yang mudah
dan ringkas iaitu Kaji selidik Kesihatan General Health Questionnaire (GHQ).
-GHQ adalah satu kaedah saringan
bagi menilai tahap kesihatan mental individu. Ia bagaimanapun tidak dapat
menggantikan pemeriksaan
dan penilaian yang lazim dijalankan oleh anggota kesihatan mental
yang terlatih.
-
-Jika skor anda < 4 = : Anda
tidak mengalami masalah kesihatan mental yang ketara. Anda masih boleh
mengekalkan atau meningkatkan lagi tahap kesihatan mental anda dengan
mengikut petua-petua
dan garis panduan yang disyorkan.
-Jika skor anda > 5 =: Anda
mengalami masalah kesihatan mental yang ketara. Adalah mustahak agar anda
bertemu anggota kesihatan mental yang terlatih untuk menjalani penilaian
selanjutnya.
|
-
-We
recommend you take a simple test called General Health Questionnaire (GHQ).
-GHQ is
a screening method for mental health status. However, it cannot replace an inspection and assessment
done by a trained mental health professional.
-
-If your
score is 4 or below, that’s meant you do not have a significant mental health
problems. However you can maintain or further enhance your mental health by
following the recommended
tips and guidelines.
-If your score is 5 or more; you
do have a significant mental health problems now.
We recommend you see a trained mental health professional for further
evaluation.
|
Glosari
No.
|
Bahasa
Malaysia
|
Bahasa
Inggeris
|
Konsep
istilah
|
Catatan
|
1.
|
Penyakit mental
|
Mental illness
|
Gangguan pada satu atau lebih fungsi akal,
menyebabkan penderitaan pada pesakit sendiri atau gangguan pada orang lain.
|
Istilah bidang psikologi, sosiologi, perubatan
|
2.
|
Neurosis
|
Neurosis
|
Gangguan emosi akibat konflik yg tidak dapat
diselesaikan, yg dicirikan dgn keresahan (sama ada melalui pertuturan atau
perlakuan tertentu).
|
Istilah bidang perubatan, psikologi, biologi
|
3.
|
Psikosis
|
psychosis
|
Gangguan mental yg teruk, yg dicirikan oleh
perubahan perwatakan dan ketakpekaan terhadap persekitaran.
|
Istilah bidang perubatan, farmasi
|
4.
|
Kecelaruan personaliti
|
Personality disorders
|
Gangguan perilaku seseorang dari segi mental dan
fizikal akibat gangguan patologi yang dicirikan dengan perubahan emosi dan
mental.
|
Istilah bidang perubatan, psikologi, sosiologi,
antropologi
|
5.
|
Kemurungan
|
Depression
|
Keadaan mental yang mempunyai ciri seperti perasaan
sedih dan putus asa serta gangguan terhadap aktiviti harian. Keadaan ini
merupakan tindak balas mental yang normal terhadap sesuatu musibah atau
merupakan penyakit jiwa sekiranya teruk dan berpanjangan.
|
Istilah bidang perubatan, gerontologi, psikologi,
sosiologi
|
6.
|
Kebimbangan
|
Anxiety
|
Keadaan emosi yang tidak selesa akibat tekanan atau
konflik.
|
Istilah bidang antropologi, perubatan, sosiologi,
farmasi
|
7.
|
Kewarasan
|
Sanity
|
Perihal waras, keadaan sihat (tubuh), keupayaan
berfikir (bkn otak atau fikiran)
|
Istilah bidang perubatan
|
8.
|
Halusinasi
|
Hallucination
|
Persepsi sensori penglihatan, pendengaran,
penghiduan, rasa atau sentuhan tentang sesuatu yang tidak wujud. Keadaan ini
mungkin dialami oleh pesakit mental atau kesan sampingan sesetengah ubat.
|
Istilah bidang psikologi, perubatan, farmasi
|
9.
|
Delusi
|
Delusion
|
Kepercayaan palsu, yang tidak dapat diatasi oleh
hujah atau taakulan, akibat suatu bentuk gangguan mental.
|
Istilah bidang psikologi, perubatan, sosiologi
|
10.
|
Schizophrenia [Skizofrenia]
|
Schizophrenia
|
Psikosis yang paling biasa berlaku, dicirikan oleh
gangguan proses pemikiran seperti banyak berkhayal dan mengundurkan diri
daripada bergaul dengan orang ramai dan hilang minat dengan aktiviti.
|
Istilah bidang psikologi, sosiologi, perubatan
|
11.
|
Kecelaruan manik-depresif (dwikutub)
|
Manic Depressive Disorder (Bipolar)
|
satu keadaan di mana seseorang itu mengalami
perubahan pada perasaan atau emosi yang bercelaru di antara keadaan terlalu
sedih (depresif) atau terlalu gembira (manik). Ia juga mungkin menunjukkan
tanda-tanda psikosis seperti halusinasi dan delusi.
|
Istilah farmasi, perubatan
|
12.
|
Genetik
|
Genetic
|
1. kajian ttg keturunan atau baka, dan cara individu
mewarisi sesuatu ciri atau sifat, serta memindahkan ciri tsb dr satu generasi
ke generasi lain melalui gen.
2. bkn pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu.
|
Istilah bidang biologi
|
13.
|
Neurotransmitter
|
Neurotransmitter
|
Sebatian yang dibebaskan oleh penghujung saraf
sebagai gerak balas terhadap impuls saraf dan membawa ransangan melintasi
sinaps.
|
Istilah bidang perubatan, farmasi, biologi
|
14.
|
Mania
|
Mania
|
Sebarang bentuk gangguan mental atau kegilaan yang
dicirikan dengan kelakuan ganas yang tidak terkawal.
|
Istilah bidang perubatan, farmasi, biologi
|
15.
|
Dopamin
|
Dopamine
|
Lamina yang disintesis oleh kelenjar adrenal,
digunakan dalam rawatan kejutan atau renjatan, adalah hasil metabolisme asid
amino tirosina.
|
Istilah bidang psikologi, farmasi, perubatan, kimia
|
16.
|
Serotonin
|
Serotonin
|
Ubat yang digunakan untuk rawatan penyakit
kemurungan dan keresahan. Ia mempunyai pelbagai mekanisme tindakan seperti
merencat pengambilan semula serotonin dan meningkatkan simpanan monoamina di
sel-sel otak. Ubat ini dibahagikan kepada kumpulan yang berbeza seperti
antimurung trisiklik, antimurung haterosiklik dan perencat selektif
pengambilan semula serotonin (SSRI). Kesan sampingannya bergantung kepada
jenis ubat. Contoh ubat ialah Imipramine, Amoxapine dan Fluoxetine. Sinonim
antimurung.
|
Istilah bidang perubatan, farmasi, biologi
|
17.
|
Noradrenalin
|
Noradrenaline
|
Hormon rembesan medula adrenal yang sifat
farmakologinya serupa dengan epinefrin. Sifat utamanya ialah sebagai
rasopencerut tanpa mengubah output jantung. Sinonim: norepinefrin.
|
Istilah bidang perubatan, kimia
|
18.
|
Kaunseling
|
Counselling
|
Proses komunikasi secara peribadi yang bertujuan
untuk memberi nasihat dan bimbingan kepada individu yang bermasalah. Proses
kauseling lazimnya dikendalikan oleh seorang pakar yang berwibawa dan
terlatih.
|
Istilah bidang pendidikan, komunikasi, psikologi, perubatan
|
19.
|
Psikoterapi
|
Psychotherapy
|
Rawatan sakit jiwa atau gangguan mental dgn
menggunakan kaedah psikologi.
|
Istilah bidang psikologi, perubatan
|
20.
|
Terapi pemulihan cara kerja
|
Occupational therapy
|
Rawatan berasaskan penjagaan diri, kerja dan
permainan. Rawatan ini bertujuan menambah baik fungsi dan kebolehan pesakit
dalam aktiviti hariannya.
|
Istilah bidang perubatan
|
21.
|
Pemulihan psiko-sosial
|
Psychosocial rehabilitation
|
Satu proses yang melibatkan latihan-latihan bagi
memudahkan dan meningkatkan keupayaan individu yg kurang upaya akibat
penyakit mental supaya mereka dapat mencapai tahap kefungsian optima
untuk hidup berdikari dalam masyarakat.
|
Istilah bidang perubatan
|
22.
|
General Health Questionnaire (GHQ)
|
General Health Questionnaire (GHQ)
|
Alat saringan untuk mengenal pasti gangguan
psikiatri dalam masyarakat umum dan dalam komuniti atau klinikal bukan
psikiatri tetapi bukan seperti penjagaan utama atau pesakit luar. Ujian ini
sesuai untuk semua peringkat umur dari remaja. Ia menilai keadaan hariannya
dan akan disoal sekiranya berbeza daripada keadaan biasanya. Oleh itu,
adalah sensitive kepada gangguan psikiatri jangka pendek tetapi tidak kepada
pesakit yang telah lama menghidap penyakit ini.
|
Istilah bidang psikologi, perubatan
|
No comments:
Post a Comment